Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, May 22, 2013

PEMBAZIRAN MELALUI TABIAT MEROKOK



Salam hormat,

Pembaziran seterusnya ialah melalui tabiat merokok.

Jangan salah anggap atau salah faham. Saya sedar, sesiapa yang telah dapat tabiat merokok ini memang sukar, bahkan boleh dikatakan mustahil untuk memberhentikan tabiat berkenaan. Saya pun tiada hak untuk menyuruh anda berhenti daripada terus mengamalkan tabiat ini. Tetapi saya hendak bercerita juga mengenainya serta kaitanya dengan kewangan anda.

Saya juga berharap penulisan ini tidak akan menimbulkan salah faham antara suami-isteri dan ahli keluarga yang lain. Mungkin penulisan ini sesuai bagi mereka yang baru mencuba merokok. Mungkin juga kepada ibu bapa yang boleh mempengaruhi anak-anak supaya menjauhi tabiat yang merugikan ini.

Kupasan saya berasaskan pengiraan dan andaian lama, kerana saya telah membuat kiraan ini sejak tahun 80 han lagi. Perhatikan andaian berikut:-

           1. Mula merokok pada umur 25 tahun,
           2. "Berhenti" merokok pada umur 55 tahun,
           3. Kadar merokok ialah 20 batang sehari,
           4. Harga rokok ialah RM 3.50 untuk setiap 20 batang.

"Berhenti" merokok pada umur 55 tahun. Rasanya selagi ada umur ia tidak akan berhenti sebenarnya. Bagi memudahkan pengiraan dalam penulisan ini. Jadi wang yang dibelanjakan pada rokok adalah seperti berikut:-



Kalau kita lihat pada peringkat merokok selama 30 tahun, kita membakar RM37,800.00 wang kita. Itu pada harga RM3.50 sekotak, hari ini mana ada harga rokok semurah ini lagi. Maknanya wang yang habis lebih banyak lagi.

Menariknya, jika RM1,260.00 iaitu wang rokok setahun itu dilaburkan secara berterusan selama 30 tahun dan tiada dividen dikeluarkan di sepanjang tempoh berkenaan, dan dividen pada purata 10 peratus setahun, hasil terkumpul lagi menakjubkan. Lihat paparan berikut:-



Ia, anda mampu mengumpul wang tunai sebanyak RM230,000.00  Ini adalah kesan pengandaan ( compounding ) dan kesan masa.


Fikir-fikirkan potensi wang rokok ini.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

1 comment:

  1. salam...Dr, saya ingin minta izin untuk saya sharekan maklumat ttg perbelanjaan merokok ni untuk entry saya ye..sebab saya ada cara dengan bantuan produk dan izin Allah nak stopkan tabiat merokok ini...

    ReplyDelete