Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, March 6, 2013

KEDUDUKAN PERBELANJAAN SAYA PADA PENGHUJUNG BULAN FEBRUARI 2013

Salam hormat,

Sekian lama juga saya tidak membuat update mengenai perkembangan usaha saya untuk mengawal perbelanjaan bulanan. Pada penulisan yang lalu, saya ada menyatakan beberapa perkara seperti berikut:-

                   1. Defisit kewangan saya pada bulan Disember,2012 ialah
                      sebanyak RM - 3,128.24
                   2. Defisit pada bulan Januari, 2013 pula ialah sebanyak
                       RM -3,432.68
                   3. Saya akan membuat semakan menyeluruh, daripada rekod
                      perbelanjaan pada dua bulan tersebut, supaya penjimatan
                      boleh terus dilakukan pada bulan berikutnya.

Alhamdullilah, setelah kajian demi kajian dibuat, pelbagai usaha penjimatan difikirkan, maka pada penghujung bulan Februari saya telah berjaya mengurangkan defisit bulanan saya kepada RM -1,518.01. Lihat rekod di bawah,





Ada juga perlu ingat ada perkara-perkara berkaitan penjimatan yang tidak boleh dilalukan sertamerta dan memerlukan sedikit masa lagi. Saya penuh keyakinan pada bulan March ini nanti beberapa penjimatan lagi boleh dilakukan dan saya akan berkongsi pengalaman ini dengan anda semua.

Satu perkara penting disini yang anda perlu sedar, tanpa catitan terperinci perbelanjaan setiap hari dibuat, maka sukarlah bagi anda hendak memikirkan usaha atau tindakan yang perlu dibuat untuk mengawal dan seterusnya berbelanja mengikut kewangan yang ada.



Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, February 11, 2013

MENABUNG SETIAP BULAN 10% DARIPADA WANG PENCEN

Salam hormat,

Tajuk kita kali ini ialah menabung, dan bagi diri saya (sebagai contoh dalam penulisan ini), 10% daripada wang pencen setiap bulan. Terdahulu saya menyatakan, jika ini boleh dilakukan setiap bulan, maka untuk mencapai matlamat dipenghujung tahun 2013 adalah mudah.

Pertama sekali mari kita lihat rekod perbelanjaan saya pada akhir bulan Disember tahun 2012. Oh ya, sebelum itu elok saya maklumkan bahawa saya membuat catitan terperinci setiap perbelanjaan saya pada setiap hari. Ini telah menjadi sebahagian daripada kerja harian saya, semenjak tahun 1985 lagi. Cuma kini saya mencatit dengan menggunakan komputer dan satu software Excell yang saya telah bina, bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan. Catitan kewangan ini adalah sebahagian daripada komponen Dairi Wawasan yang telah saya cipta.

Catitan pada 31hb Disember, 2012 adalah merupakan kumulatif wang masuk dan wang keluar bagi bulan tersebut dan mengikut rekod, saya telah TERLEBIH belanja sebanyak RM 3,128.24 sen. Lihat gambar berikut:-





Pada akhir bulan Januari,2013 saya juga telah terlebih belanja sebanyak RM 3,432.68 sen. Lihat rekod dibawah.



Jika keadaan sebegini berterusan, saya akan gagal menabung 10% darpada pendapatan (pencen) saya setiap bulan dan akan menjejaskan usaha untuk mencapai matlamat di penghujung tahun ini nanti.

Bagi anda di luar sana, sebelum anda boleh melakukan penabungan, eloklah juga diperhatikan keperluan asas perbelanjaan bulanan anda. Jika defisit anda terlalu besar, seperti kes saya di atas, amat sukar bagi anda untuk melaksanakan pelan tindakan tahun 2013 ini, iaitu menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda. Tanpa catitan perbelanjaan ini juga akan menyulitkan anda untuk membuat dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk mengawal perbelanjaan bulanan anda.

Bagi kedudukan saya, apa yang telah saya lakukan ialah membuat kajian menyeluruh pada perbelanjaan dua bulan lepas. Kajian ini dilakukan bertujuan bagi mengurangkan pembaziran. Melaluinya juga satu strategi lain yang lebih sesuai mungkian akan dilaksanakan, agar tidak terlebih belanja. Apabila ini boleh dilakukan, barulah saya boleh mengamalkan penabungan tanpa gangguan.

Jadi bagi anda pula, eloklah mula mengamalkan membuat catitan perbelanjaan harian ini, jika sebelum ini belum mengamalkanya. Ramai yang gagal melakukanya. Saya sedar bahawa budaya merekod atau mencatit ini hampir tiada pada orang Melayu.

Saya akan sambung bab penabungan ini di halaman yang akan datang.


Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, February 1, 2013

PELAN TINDAKAN ATAU PERANCANGAN TAHUN 2013

Salam hormat,

Saya mengingatkan semula, sebagai satu contoh, saya telah ada matlamat dan saya juga tahu di mana saya bermula.



Jika anda lihat semula penulisan saya yang baru lepas, komponen terbesar kenaikan nilai aset dalam tahun 2013 datangnya daripada usaha penabungan setiap bulan 10 peratus daripada wang pencen saya. Jika ini boleh dilakukan tanpa masaalah, maka dipenghujung tahun ini nanti sasaran saya akan tercapai mengikut perancangan.

Apakah anda boleh menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda dan setiap bulan?? Mungkin menabung 10% daripada pendapatan bulanan anda dianggap perkara yang remeh dan terlalu mudah untuk di lakukan. Pengalaman saya tidak semudah yang kita jangkakan, walau pun pada tahap peratusan yang kecil.

Jadinya, satu aktiviti dalam pelan tindakan tahun 2013 saya ialah menabung 10 peratus daripada wang pencen saya setiap bulan. Dasar yang perlu saya amalkan pula ialah senantiasa berjimat cermat dalam berbelanja. Bermakna saya perlu ada satu sistem pemantauan perbelanjaan bulanan saya.

Anda boleh lah melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam usaha anda untuk memastikan aktiviti di dalam pelan tindakan berjalan dengan baik.

Selepas ini kita akan melihat aspek penabungan wang, bagi menerangkan lagi pelan tindakan yang telah saya nyatakan di atas, apakah boleh dilakukan? Jika tidak boleh, apakah tindakan saya yang lain bagi memastikan amaun sebanyak 10% daripada wang pencen saya tetap dapat ditabungkan setiap bulan.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, January 28, 2013

PENETAPAN MATLAMAT KEWANGAN

Salam hormat,

Untuk bermula, anda perlu mengetahui di aman anda berada sekarang (dari sudut Nilai Bersih). Cuba masing-masing gunakan format pengiraan Nilai Bersih di dalam slide saya yang lepas. Kalau Nilai Bersih anda negatif, jangan bimbang. Dari sudut realitinya anda bermulalah disitu.

Untuk diri saya, sebagai contoh dan bagi memudahkan anda mengikuti penerangan ini, pada malam 31hb Disember lepas, Nilai Bersih saya ialah RM 172,937.20 . Satu nilai yang positif. Lihat slide berikut,



Saya bermula di awaal tahun 2013 ini dengan Nilai Bersih RM172,937.20.  Setelah meneliti pendapatan bulanan saya ( wang pencen), pulangan daripada saham yang ada (seperti dalam slide di atas), kenaikan nilai rumah dan tanah dalam setahun, serta komitmen kewangan saya di tahun ini, saya menetapkan matlamat kewangan saya bagi tahun 2013 ialah Nilai Bersih RM 182,400.00. Penambahan pada tahun ini dianggarkan sebanyak RM9462.00.

Bagaimana saya mendapat tambahan sebanyak RM9462.00 pada tahun 2013 nanti? Saya telah buat congakkan daripada aset yang ada, seperti berikut:-

1. Wang tabungan (daripada pencen yang diterima setiap bulan)=RM4,800.00
2. Dividen = RM1,360.00
3. Kenaikan nilai rumah kediaman (1%)=RM1,350.00
4. Kenaikan nilai tanah (1%) = RM152.00
5. EPF dividen (6%)= RM1,800.00

             Jumlah =RM9462.00

Apakah matlamat kewangan saya pada tahun 2013 realistik dan boleh dicapai??

Di dalam penetapan matlamat kewangan, pertama sekali ia misti boleh diukur dan dalam bentuk angka yang jelas. Keduanya, kita misti pastikan ia realistik dan boleh dicapai dalam keadaan biasa. Kita tidak menetapkan sasaran tersebut melalui pemikiran atau angan-angan sahaja.

Sekarang, sebagai satu contoh, saya telah ada matlamat kewangan yang perlu dicapai. Saya juga mengetahui dengan jelas dimana saya bermula. Jadi berikutnya kita kena sediakan satu perancangan untuk memastikan matlamat tadi tercapai di penghujung tahun ini nanti.

Penyediaan perancangan akan diterangkan di halaman berikutnya...


Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, January 27, 2013

BAGAIMANA HENDAK BERMULA

Salam hormat,

Banyak sudah konsep, teori dan penerangan telah saya berikan sebelum ini. Persoalanya sekarang, bagaimana hendak bermula?

Saya akan terangkan nanti bagaimana kita harus bermula. Sebelum itu saya hendak ketengahkan dahulu satu alat pengukur atau penanda aras, dan boleh juga disebut sebagai indikator yang anda boleh gunakan di dalam memantau kemajuan usaha anda dan juga boleh digunakan di dalam menyediakan matlamat kewangan anda dipenghujung setiap tahaun. Alat tersebut saya namakan NILAI BERSIH atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai NET WORTH. Nilai ini dalam Ringgit Malaysia (RM).

Cara mengiranya adalah seperti yang terdapat di dalam slide berikut.



Komponen ASET dan juga LIBILITY, sebenarnya lebih lagi daripada apa yang saya paparkan di atas. Paparan di atas pada hemat saya sesuai bagi penjawat awam. Apa yang penting ialah anda faham dengan jelas apa itu ASET dan apa itu LIBILITY. Di dalam proses pengiraan anda juga boleh membuat sebarang penambahan di ruangan yang bersesuaian.

Secara kasar, nilai bersih kewangan bagi seseorang ialah jumlah nilai aset ditolak segala tanggungan (RM) atau libiliti yang dia ada. Biasanya kita membuat kiraan ini dipenghujung setiap tahun, misalnya pada malam 31hb Disember. Biasanya pada waktu ini kita pergi beramai-ramai menonton tembakan bunga api sempena tahun baru, tak begitu? Jadi ditahun 2013 ini nanti tak payah lah membuang masa di Dataran Merdeka, lebih baik buat kiraan nilai bersih untuk diri kita atau keluarga kita.

Apabila kita sudah mengetahui kedudkan kita, soalan berikutnya pula, kemana kita selepas daripada tarikh berkenan? Maksud saya bagaimana pula dengan sasaran atau matlamat kewangan kita dipenghujung tahun berkenaan? Ingat menetapkan matlamat juga memerlukan sedikit ilmu dan kemahiran. Saya akan ulas kemudian.




Jika sudah tahu dimana kita bermula dan dimana pula akhirnya kita hendak berada, seterusnya sediakan satu perancangan bagaimana matlamat tadi boleh dicapai. Sediakan satu peta atau road map untuk perjalanan anda di sepanjang tahun berkenaan.





Proses menyediakan perancangan ini bukanlah semudah yang saya katakan. Ia sudah tentu memerlukan sedikit masa, satu minggu misalnya, untuk menyiapkanya. Lagi terperinci perancangan atau pelan tindakan yang anda sediakan, lagi mudahlah bagi anda melaksanakanya apabila sampai masanya.

Perancangan atau pelan tindakan itu samalah seperti kita merancangan untuk sesuatu perjalanan. Misalnya, sekarang saya berada di Kuala Terengganu (jam 8 pagi) dan saya dikehendaki berada di Putra Jaya besok jam 12 tgh hari. Jadi saya mula buat pilihan waktu nak bertolak, sama ada dengan kapalterbang atau kereta. Kalau dengan kereta berapa kali hendak berhenti rehat dan sebagainya supaya sampai di Putra Jaya jam 11.45 pagi. Biasanya jika kita berperancangan, dan berfikir di dalam menyediakanya, mudah bagi kita untuk berjaya. InsyaAllah.

Jika anda buat kesemua pelan tindakan yang telah dirangkan untuk sepanjang tahun berkenaan, pengalaman saya menunjukkan amat mudah apaila anda hendak melakukan muhasabah diri anda (sudut kewangan) dari masa ke semasa. Mungkin kita gagal dalam amalan kita pada tahun pertama, as the time goes by, saya yakin anda akan mendapat pengalaman dan menambah baik perancangan anda pada tahun-tahun yang akan datang.

Inilah yang kita biasa dengar, kita merancang untuk berjaya. Dalam bahasa Inggerisnya, success by design.

Kita juga biasa mendengar ungkapan bahawa, kita bukan merancang untuk gagal, tetapi kita gagal menyediakan satu perancangan yang baik untuk berjaya. We don't plan to fail, but many fail to plan. Begitulah kekuatannya suatu perancangan.


Bersambung...



Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, January 25, 2013

APA IBU DAN BAPA PERLU BUAT UNTUK MENGALAKKAN ANAK-ANAK MEMBACA

Salam hormat,

Di halaman sebelum ini saya berjanji akan menghuraikan bagaimana ibu dan bapa boleh mengalakkan anak-anaknya suka membaca. Sebelum itu saya hendak paparkan sekali lagi bagaimana MINDA kita berfungsi.




Perhatikan, MINDA anak-anak boleh dipengaruhi melalui dua pancaindera iaitu MATA dan TELINGA sahaja. Pertama, jika kita hendak anak-anak membaca, ibu dan bapa kena membaca dahulu dan sekerap mungkin. Pertontonkan kepada mereka berulang-ulang kali. Ingat repeatition is a mother of success. Jika kita suruh anak membaca atau supaya mereka suka membaca, tetpi Ibu dan Bapa tidak sedemikian, maka proses dalam minda anak-anak , seperti di dalam slide di atas, tidak akan berlaku. Individu lain dalam masyarakat juga kena menunjukkan tabiat membaca yang sama.

Keduanya, nasehat (mulut) ibu yang berulangkali menekankan kebaikan membaca, akan mempengaruhi minda subconscious melalui pendegaran.

Saya sebelum ini ada menyatakan bahawa kebanyakkan tindakan kita seharian adalah dibawah kawalan subconscious mind. Apabila mata anak-anak melihat berulang kali ibu dan bapa mereka membaca dan masyarakat disekeliling mereka juga mengamalkan tabiat suka membaca, mesej yang berulang kalai ini akan sampai ke conscious mind dan seterusnya ke subconscious mind merekaCadangan yang berulang kali daripada conscious mind ini akan kekal di subconscious  mind dan diperlakukan, akhirnya tindakan rajin membaca itu akan selalu berlaku (tindakan) tanpa disedari.

Ibu dan bapa juga kena kerap pergi ke kedai buku (memperlihatkan kepada mereka) dan membawa mereka bersama. Apabila proses ini diulang berkali-kali, misalnya dalam 2 bulan berturut-turut (minima 42 hari) barulah terlekat di subconscious mind anak-anak, bahawa melawat ke kedai buku itu jadi satu tabiat semula jadi bagi mereka.

Ingat perpatah Melayu, bapa borik anak rintik?

Leadershp by example, atau kepimpinan melalui tauladan juga berlaku atas kaedah yang serupa.

Jika minda anak-anak kita diasuh setiap hari dengan pemandangan di rumah di mana ayah penghisap rokok. Apa akan jadi? Sukarlah pihak lain hendak menyatakan bahawa merokok itu merosakkan kesihatan. 

Demikian jugalah kaedahnya, jika kita hendak generasi yang akan datang lebih disiplin diatas jalan raya, ibu dan bapa apabila bersama mereka di dalam kenderaan, kenalah mempamirkan cara pemanduan yang sepatutnya. Meletakkan kenderaan di tempat yang betul. Kita kena semia beih-benih kebaikan ini disepanjang masa. 

Generasi yang suka menabung juga akan berlaku jika ibu dan bapa turut menabung di rumah. Perangai ibu dan bapa yang boros juga akan diikuti oleh anak-anak mereka. Apabila mereka ini dewasa, maka sukarlah hendak mengumpulkan modal, walau pun mereka bergaji besar, untuk membuat pelaburan.

Peranan ibu dan bapa ini amat mustahak sekali semasa anak-anaka ini masih kecil sehinggalah mereka mencecah umur dewasa.


Sekian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, January 23, 2013

MINDA ANDA PERLU KAYA DAHULU

Salam hormat,

Seterusnya saya ingin meyakinkan anda bahawa MINDA anda berperanan penting dalam usaha anda menuju ke kebahagian kewangan. Anda biasa dengar komitmen tersangat penting. Disiplin perlu ada dan senantiasa di amalkan untuk berjaya, dalam apa juga bidang sekali pun. Anda juga sedar usaha anda adalah berbentuk jangka panjang. Kesemuanya ini akan bergantung kepada mind set yang betul.

Sebagai satu perbandingan, pentingnya MINDA di dalam usaha anda, kita biasa melihat satu usaha untuk menguruskan badan berakhir dengan kegagalan, kenapa? Aktiviti dieting mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja. Ini semua berakhir kerana ketiadaan komitmen dan motivasi yang berterusan. Minda tidak di perbetulkan dahulu sebelum memulakan usaha. Tanpa keyakinan diri segala usaha akan gagal.

Anda kena faham bahawa hanya tindakan anda yang akan membuahkan hasil. Dalam kes ini, misalnya menabung berterusan baharulah akan wujud modal yang boleh dilaburkan. 




Jika begitu adanya, maka anda perlulah memperkayakan MINDA anda dahulu dan seterusnya, baharulah usaha anda akan berterusan dan insyaAllah akan berjaya. Di dalam usaha memperkayakan MINDA ini anda sekali gus akan mempelajari bagaimana hendak menjadi kaya.




Sebelum kita melihat bagaimana kita boleh memperkayakan MINDA, mari kita lihat sejenak bagaimana MINDA berfungsi dalam hal ini. Saya terjemahkan ia dalam bentuk yang mudah, seperti berikut:-




Sila perhatikan hubungan antara MATA (melihat), TELINGA (mendengar), Concious mind, subconcious mind dan tindakan. Perhatikan juga kebanyakkan tindakan seharian kita adalah dipengaruhi oleh Subconcious Mind. Bermakna hampir automatik. Apabila subconcious mind kita telah diyakinkan, melalui mesej daripada concious mind yang berulangkali (yang datangnya dan berpunca daripada pendengaran atau penglihatan yang juga berulang kali), maka tindakan menabung itu menjadi sebahagian daripada usaha harian kita secara automatik.

Ramai yang menyatakan kepada saya perbuatan menabung SECARA BERTERUSAN amatlah sukar, sungguh pun amauan yang perlu ditabungkan setiap bulan itu kecil, kira-kira 10% daripada pendapatan anda sahaj.Ini semua berpunca daripada mind set atau MINDA yang tidak diperbetulkan dahulu.

Saya mencatit dengan terperinci setiap sen perbelanjaan harian saya. Saya telah melakukanya, dan kini dengan mudah dan automatik, semenjak 10 tahun yang lepas. Kenapa saya boleh melakukannya dan tiada rasa susah atau terlupa sehari pun? Ini semua berpunca daripada MINDA yang telah diperbetulkan dahulu dan berterusan. Ramai yang menyatakan ianya sukar dilakukan.

Seterusnya, bagaimana kah kita boleh memperkayakan MINDA kita? Perhatikan dua slide berikut.








Jadi, bacalah buku-buku tersebut (berulang kali), atau dengarlah ceramah bab kewangan ini dari masa ke semasa. Kesemua ini akan membantu anda dan membolehkan anda mengambil tindakan setiap hari dalam perkara yang berkaitan. Nanti anda juga akan sering bertanyakan kepada diri anda, sebelum membuat sesuatu perbelanjaan atau tindakan, anda akan menilai dahulu apakah hasilnya perbelanjaan ku ini? Adakah ia akan menyumbang kepada usaha saya untuk menabung?

Kekuatan MINDA ini tidak terhad kepada usaha menabung sahaja atau usaha lain yang berkaitan. Kita boleh menggunakan kefahaman kita dalam hal ini bagaimana hendak mewujudkan anak-anak yang suka mambaca, misalnya. Bagaiman kita boleh menyemaikan gaya pemanduan berhemah di jalan raya juga boleh menggunakan pendekatan yang sama....saya akan huraikan dua perkara ini di halaman yang akan datang...


Skian, untuk kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun