Di halaman sebelum ini saya berjanji akan menghuraikan bagaimana ibu dan bapa boleh mengalakkan anak-anaknya suka membaca. Sebelum itu saya hendak paparkan sekali lagi bagaimana MINDA kita berfungsi.
Perhatikan, MINDA anak-anak boleh dipengaruhi melalui dua pancaindera iaitu MATA dan TELINGA sahaja. Pertama, jika kita hendak anak-anak membaca, ibu dan bapa kena membaca dahulu dan sekerap mungkin. Pertontonkan kepada mereka berulang-ulang kali. Ingat repeatition is a mother of success. Jika kita suruh anak membaca atau supaya mereka suka membaca, tetpi Ibu dan Bapa tidak sedemikian, maka proses dalam minda anak-anak , seperti di dalam slide di atas, tidak akan berlaku. Individu lain dalam masyarakat juga kena menunjukkan tabiat membaca yang sama.
Keduanya, nasehat (mulut) ibu yang berulangkali menekankan kebaikan membaca, akan mempengaruhi minda subconscious melalui pendegaran.
Saya sebelum ini ada menyatakan bahawa kebanyakkan tindakan kita seharian adalah dibawah kawalan subconscious mind. Apabila mata anak-anak melihat berulang kali ibu dan bapa mereka membaca dan masyarakat disekeliling mereka juga mengamalkan tabiat suka membaca, mesej yang berulang kalai ini akan sampai ke conscious mind dan seterusnya ke subconscious mind mereka. Cadangan yang berulang kali daripada conscious mind ini akan kekal di subconscious mind dan diperlakukan, akhirnya tindakan rajin membaca itu akan selalu berlaku (tindakan) tanpa disedari.
Ibu dan bapa juga kena kerap pergi ke kedai buku (memperlihatkan kepada mereka) dan membawa mereka bersama. Apabila proses ini diulang berkali-kali, misalnya dalam 2 bulan berturut-turut (minima 42 hari) barulah terlekat di subconscious mind anak-anak, bahawa melawat ke kedai buku itu jadi satu tabiat semula jadi bagi mereka.
Ingat perpatah Melayu, bapa borik anak rintik?
Leadershp by example, atau kepimpinan melalui tauladan juga berlaku atas kaedah yang serupa.
Jika minda anak-anak kita diasuh setiap hari dengan pemandangan di rumah di mana ayah penghisap rokok. Apa akan jadi? Sukarlah pihak lain hendak menyatakan bahawa merokok itu merosakkan kesihatan.
Demikian jugalah kaedahnya, jika kita hendak generasi yang akan datang lebih disiplin diatas jalan raya, ibu dan bapa apabila bersama mereka di dalam kenderaan, kenalah mempamirkan cara pemanduan yang sepatutnya. Meletakkan kenderaan di tempat yang betul. Kita kena semia beih-benih kebaikan ini disepanjang masa.
Generasi yang suka menabung juga akan berlaku jika ibu dan bapa turut menabung di rumah. Perangai ibu dan bapa yang boros juga akan diikuti oleh anak-anak mereka. Apabila mereka ini dewasa, maka sukarlah hendak mengumpulkan modal, walau pun mereka bergaji besar, untuk membuat pelaburan.
Peranan ibu dan bapa ini amat mustahak sekali semasa anak-anaka ini masih kecil sehinggalah mereka mencecah umur dewasa.
Sekian,
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment