Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Sunday, January 27, 2013

BAGAIMANA HENDAK BERMULA

Salam hormat,

Banyak sudah konsep, teori dan penerangan telah saya berikan sebelum ini. Persoalanya sekarang, bagaimana hendak bermula?

Saya akan terangkan nanti bagaimana kita harus bermula. Sebelum itu saya hendak ketengahkan dahulu satu alat pengukur atau penanda aras, dan boleh juga disebut sebagai indikator yang anda boleh gunakan di dalam memantau kemajuan usaha anda dan juga boleh digunakan di dalam menyediakan matlamat kewangan anda dipenghujung setiap tahaun. Alat tersebut saya namakan NILAI BERSIH atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai NET WORTH. Nilai ini dalam Ringgit Malaysia (RM).

Cara mengiranya adalah seperti yang terdapat di dalam slide berikut.



Komponen ASET dan juga LIBILITY, sebenarnya lebih lagi daripada apa yang saya paparkan di atas. Paparan di atas pada hemat saya sesuai bagi penjawat awam. Apa yang penting ialah anda faham dengan jelas apa itu ASET dan apa itu LIBILITY. Di dalam proses pengiraan anda juga boleh membuat sebarang penambahan di ruangan yang bersesuaian.

Secara kasar, nilai bersih kewangan bagi seseorang ialah jumlah nilai aset ditolak segala tanggungan (RM) atau libiliti yang dia ada. Biasanya kita membuat kiraan ini dipenghujung setiap tahun, misalnya pada malam 31hb Disember. Biasanya pada waktu ini kita pergi beramai-ramai menonton tembakan bunga api sempena tahun baru, tak begitu? Jadi ditahun 2013 ini nanti tak payah lah membuang masa di Dataran Merdeka, lebih baik buat kiraan nilai bersih untuk diri kita atau keluarga kita.

Apabila kita sudah mengetahui kedudkan kita, soalan berikutnya pula, kemana kita selepas daripada tarikh berkenan? Maksud saya bagaimana pula dengan sasaran atau matlamat kewangan kita dipenghujung tahun berkenaan? Ingat menetapkan matlamat juga memerlukan sedikit ilmu dan kemahiran. Saya akan ulas kemudian.




Jika sudah tahu dimana kita bermula dan dimana pula akhirnya kita hendak berada, seterusnya sediakan satu perancangan bagaimana matlamat tadi boleh dicapai. Sediakan satu peta atau road map untuk perjalanan anda di sepanjang tahun berkenaan.





Proses menyediakan perancangan ini bukanlah semudah yang saya katakan. Ia sudah tentu memerlukan sedikit masa, satu minggu misalnya, untuk menyiapkanya. Lagi terperinci perancangan atau pelan tindakan yang anda sediakan, lagi mudahlah bagi anda melaksanakanya apabila sampai masanya.

Perancangan atau pelan tindakan itu samalah seperti kita merancangan untuk sesuatu perjalanan. Misalnya, sekarang saya berada di Kuala Terengganu (jam 8 pagi) dan saya dikehendaki berada di Putra Jaya besok jam 12 tgh hari. Jadi saya mula buat pilihan waktu nak bertolak, sama ada dengan kapalterbang atau kereta. Kalau dengan kereta berapa kali hendak berhenti rehat dan sebagainya supaya sampai di Putra Jaya jam 11.45 pagi. Biasanya jika kita berperancangan, dan berfikir di dalam menyediakanya, mudah bagi kita untuk berjaya. InsyaAllah.

Jika anda buat kesemua pelan tindakan yang telah dirangkan untuk sepanjang tahun berkenaan, pengalaman saya menunjukkan amat mudah apaila anda hendak melakukan muhasabah diri anda (sudut kewangan) dari masa ke semasa. Mungkin kita gagal dalam amalan kita pada tahun pertama, as the time goes by, saya yakin anda akan mendapat pengalaman dan menambah baik perancangan anda pada tahun-tahun yang akan datang.

Inilah yang kita biasa dengar, kita merancang untuk berjaya. Dalam bahasa Inggerisnya, success by design.

Kita juga biasa mendengar ungkapan bahawa, kita bukan merancang untuk gagal, tetapi kita gagal menyediakan satu perancangan yang baik untuk berjaya. We don't plan to fail, but many fail to plan. Begitulah kekuatannya suatu perancangan.


Bersambung...



Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment