Seterusnya saya ingin meyakinkan anda bahawa MINDA anda berperanan penting dalam usaha anda menuju ke kebahagian kewangan. Anda biasa dengar komitmen tersangat penting. Disiplin perlu ada dan senantiasa di amalkan untuk berjaya, dalam apa juga bidang sekali pun. Anda juga sedar usaha anda adalah berbentuk jangka panjang. Kesemuanya ini akan bergantung kepada mind set yang betul.
Sebagai satu perbandingan, pentingnya MINDA di dalam usaha anda, kita biasa melihat satu usaha untuk menguruskan badan berakhir dengan kegagalan, kenapa? Aktiviti dieting mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja. Ini semua berakhir kerana ketiadaan komitmen dan motivasi yang berterusan. Minda tidak di perbetulkan dahulu sebelum memulakan usaha. Tanpa keyakinan diri segala usaha akan gagal.
Anda kena faham bahawa hanya tindakan anda yang akan membuahkan hasil. Dalam kes ini, misalnya menabung berterusan baharulah akan wujud modal yang boleh dilaburkan.
Jika begitu adanya, maka anda perlulah memperkayakan MINDA anda dahulu dan seterusnya, baharulah usaha anda akan berterusan dan insyaAllah akan berjaya. Di dalam usaha memperkayakan MINDA ini anda sekali gus akan mempelajari bagaimana hendak menjadi kaya.
Sebelum kita melihat bagaimana kita boleh memperkayakan MINDA, mari kita lihat sejenak bagaimana MINDA berfungsi dalam hal ini. Saya terjemahkan ia dalam bentuk yang mudah, seperti berikut:-
Sila perhatikan hubungan antara MATA (melihat), TELINGA (mendengar), Concious mind, subconcious mind dan tindakan. Perhatikan juga kebanyakkan tindakan seharian kita adalah dipengaruhi oleh Subconcious Mind. Bermakna hampir automatik. Apabila subconcious mind kita telah diyakinkan, melalui mesej daripada concious mind yang berulangkali (yang datangnya dan berpunca daripada pendengaran atau penglihatan yang juga berulang kali), maka tindakan menabung itu menjadi sebahagian daripada usaha harian kita secara automatik.
Ramai yang menyatakan kepada saya perbuatan menabung SECARA BERTERUSAN amatlah sukar, sungguh pun amauan yang perlu ditabungkan setiap bulan itu kecil, kira-kira 10% daripada pendapatan anda sahaj.Ini semua berpunca daripada mind set atau MINDA yang tidak diperbetulkan dahulu.
Saya mencatit dengan terperinci setiap sen perbelanjaan harian saya. Saya telah melakukanya, dan kini dengan mudah dan automatik, semenjak 10 tahun yang lepas. Kenapa saya boleh melakukannya dan tiada rasa susah atau terlupa sehari pun? Ini semua berpunca daripada MINDA yang telah diperbetulkan dahulu dan berterusan. Ramai yang menyatakan ianya sukar dilakukan.
Seterusnya, bagaimana kah kita boleh memperkayakan MINDA kita? Perhatikan dua slide berikut.
Jadi, bacalah buku-buku tersebut (berulang kali), atau dengarlah ceramah bab kewangan ini dari masa ke semasa. Kesemua ini akan membantu anda dan membolehkan anda mengambil tindakan setiap hari dalam perkara yang berkaitan. Nanti anda juga akan sering bertanyakan kepada diri anda, sebelum membuat sesuatu perbelanjaan atau tindakan, anda akan menilai dahulu apakah hasilnya perbelanjaan ku ini? Adakah ia akan menyumbang kepada usaha saya untuk menabung?
Kekuatan MINDA ini tidak terhad kepada usaha menabung sahaja atau usaha lain yang berkaitan. Kita boleh menggunakan kefahaman kita dalam hal ini bagaimana hendak mewujudkan anak-anak yang suka mambaca, misalnya. Bagaiman kita boleh menyemaikan gaya pemanduan berhemah di jalan raya juga boleh menggunakan pendekatan yang sama....saya akan huraikan dua perkara ini di halaman yang akan datang...
Skian, untuk kali ini.
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment