Saya turut menyedia dan memberikan seminar
Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.
Tuesday, August 6, 2013
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, serta maaf zahir dan batin.
Skian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI ADALAH FAKTOR KEJAYAAN KEWANGAN
Asalamualaikum,
Selamat meneruskan ibadah puasa dan menyambut Harai Raya Aidil Fitri selang sehari sahaja lagi.
Elok rasaanya ketika ini saya memberikan sedikit tumpuan serta ingatan kepada faktor kejayaan kewangan, iaitu kesihatan dan keselamatan diri anda. Seseorang yang berkehendakan kejayaan kewangan semestinya menjaka kesihatan dan keselamatan diri dan keluarganya setiap masa. Ini adalah kerana kita memerlukan masa untuk berjaya, bukan sahaja dalam hal-hal kewangan tetapi di dalam apa juga bidang kejayaan yang anda cari. Perhatikan disiplin orang-orang Tionghwa di dalam ke dua-dua perkara ini.
Di ambang perayaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya percaya ramai diantara kita yang akan balik ke kampung sebelum Hari Raya, atau pun berkunjung ke rumah sanak saudara pada Harai Raya, dan akhirnya sekali balik semula ke kota-kota di mana kita tinggal dan bekerja. Saya mengambil kesempatan disini, pentingnya anda semua menjaga keselamatan diri semasa memandu. Pertamanya, rancanglah perjalanan anda. Dengan perancangan ini nanti anda tidak terburu-buru dalam perjalanan dan sampai mengikut jadual dan dengan selamat. Kita balik ke kampung bukan bertujuan untuk menempah kecelakaan atau musibah. Jadi berhati-hatilah.
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan rumah yang anda tinggalkan juga berkeadaan selamat. Pastikan gas memasak telah diputuskan sambunganya. Semua tingkap dan pintu telah dikunci dengan sempurna. Suis elektrik yang tidak berkenaan telah juga dipadamkan. Kehilangan barangan di rumah anda atau pun musibah lain jika berlaku kepada rumah kediaman anda akan melambatkan usaha anda untuk mencapai kejayaan kewangan.
Seminggu sebelum tarikh balik ke kampung, kenderaan anda telah diservis dan di periksa sepatutnya, terutamanya brek berkeadaan baik dan tayar ganti juga boleh digunakan, jika berlaku kebocoran dipertengahan jalan. Pastikan peralatan seperti jack dan peralatan membuka tayar semua nya berkeadaan baik. Ini semua adalah ciri-ciri mereka yang mengutamakan keselamatan dan mempunyai matlamat dalam kehidupan.
Semasa di perjalanan jika kita mengantuk, berhentilah di lokasi yang sesuai dan selamat.
Selain dari keselamatan diri, kesihatan diri juga perlu diberikan perhatian. Di musim perayaan ini nanti, elakkan makan terllalu banyak. Bagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun, awas jangan memakan daging rendang dan lemang terlalu banyak. Sederhana adalah asasnya. Di bulan puasa ini saya perhatikan pengunjung klinik swasta agak berkurangan, tetapi akan mendadak bertambah dalam tempoh seminggu berhari raya. Kenapa misi jadi begini? Kita makan seadanya dan untuk kesihatan semata-mata.
Jadinya, orang-orang yang inginkan kejayaan kewangan, semistinya menjaga kdua-dua perkara ini. InsyaAllah anda akan maju kehadapan setahun demi setahun.
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
Thursday, August 1, 2013
STRATEGI DAN PANDUAN AM PELABURAN
Salam hormat,
Ada beberapa perkara lagi yang mungkin saya terlepas pandang semasa menulis perihal pelaburan sebelum ini, dan elok saya kongsi dengan ada semua.
Pertamanya, persoalan kenapa kita misti membuat pelaburan? Berikut adalah di antara sebab-sebab kenapa:-
1. TIADA orang yang menjadi jutawan dengan hanya menimpan wang di dalam bank,
2. Wang akan susut nilai dari masa ke semasa (Kesan inflasi),
3. Untuk memperolehi pendapatan yang lebih kekal ( passive income ), dan
4. Kemampuan kita untuk menghasilkan wang adalah terhad, berbanding dengan pelaburan yang kita buat.
Dari sudut lain pula elok saya nyatakan disini bahawa modal pelaburan boleh hilang, jika tuan pemilik modal itu melaburkan modalnya di dalam bidang yang ia sendiri tidak faham. Keadaan yang sama juga berlaku apabila pemilik modal melaburkan modal tersebut pada perkara yang mustahil atau mengikut nasehat mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Di dalam konteks kedua di atas, skim Pakman Telo, Labu peram dan sebagainya adalah merupakan contoh yang kita masih ingat.
Dari sudut strategi pelaburan, sebelum ini saya telah menceritakan, salah satu daripadanya iaitu PILIH BIDANG YANG BERPOTENSI. Kedua, perbanyakkan pelaburan atau aset yang anda miliki secepat mingkin. Ini adalah kerana MASA memainkan peranan penting di dalam kejayaan sesuatu pelaburan. Ke tiga, pentingnya kita eloklah senantiasa terus berusaha menambah ilmu serta kemahiran kita di dalam bab pelaburan ini. Berpendidikan tinggi bukan isunya. Orang kaya Inggeris ada menyatakan pentingnya ilmu dan kemahiran di dalam hal kewangan ini seperti berikut;
"Formal educations gives you a living, self-education gives you a fortune "
Pengalaman saya membuktikan kebenaran kenyataan tersebut tadi.
Jadi marilah kita membaca bab berkenaan, sama da dengan membeli buku-buku yang banyak di pasaran atau pun dengan melayari internet. Berikut adalah buku-buku yang saya miliki, sebagai contoh kepada anda.
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun
Saturday, July 27, 2013
BIDANG YANG TERBAIK BUAT ANDA MELABUR ADALAH PENTING
Salam hormat,
Sekali lagi kita bertemu di dalam kupasan asas pelaburan ini. Kali ini saya hendak menarik perhatian anda kepada peranan BIDANG PELABURAN yang dipilih, dalam usaha anda membuat satu-satu pelaburan.
Kebelakangan ini ramai yang menjadi jutawan melalui internet, satu bidang kekayan baru, saya masih melihat bidang hartanah dan bidang saham (stocks) masih menjadi kaedah atau bidang utama menjadi penyumbang kepada kejayaan. Rententan potensi bidang-bidang adalah seperti yang saya gambarkan di slide beriku,
Perhatikan betul-betul rentetan potensi bidang-bidang berkenaan.
Bidang yang paling kebelakang potensinya ialah bidang Pertanian. Kadangkala saya merasa heran, pihak Jabatan Kerajaan dan Kerajaan juga memilih bidang pertanian dalam usahanya untuk membasmi kemiskinan. Saya tidak mengatakan sama sekali bidang pertanian tiada langsung mereka yang telah mencapai tahap jutawan melaluinya. Memang ada, akan tetapi bilangan yang terlalu kecil.
Rentetan potensi di atas bermakna seperti ini. Misalnya, anda ambil bidang HIBURAN (8) dan bandingkan dengan PENDIDIKAN (11). Kita semua ketahui Dato Siti Nurhaliza. Cuba anda bandingkan, agak-agak berapa jauh beza pendapatan mereka setahun. Juta RM bezanya. Keadaan ini sama juga di Amerika. Bandingkan pendapatan tahunan MADONA dengan Guru-Guru di sana. Kita lihat trend yang sama. Ini juga tidak bermakna semua yang masuk ke dalam bidang HIBURAN itu berjaya 100%. Ramai juga yang gagal. Perkataan HIBURAN itu luas. Ia termasuk mereka yang menghasilkan lagu, CD lagu, syarikat rakaman, penerbitan majalah, penerbitan siri katun ( Upin & Ipin ) dan banyak lagi.
Sekarang anda toleh kepada diri anda sendiri, adakah anda berada di dalam bidang yang sepatutnya. Are you leaning your ledder to the right wall? Mungkin ada baru sedar dan faham kenapa susah sangat hendak kaya. Anda juga kena lihat, bagi anak-anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi, adakah mereka telah berada di landasan yang betul?
Mungkin anda berasa anda berada di dalam sektor PERTANIAN, sebenarnya di sektor PERKHIDMATAN. Nilai betul-betul bidang anda.
Kenapa ramai anak-anak muda kaum Cina terlibat di dalam penjualan alat-alat KOMUNIKASI (handfon, tablet, Ipad dan sebaginya), termasuk komputer? Kerana potensi bidang ini. Tak ramaikan ank-anak muda Melayu yang terlibat. Ramai hanya menjadi pekerja atau jurujual sahaja.
Dalam sektor HARTANAH, di mana 90% mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan kewangan, buat anda paling minima penglibatkan anda ialah dengan membeli rumah anda sendiri.
Skian, fikir-fikirkan.
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
Friday, July 26, 2013
PELABURAN MELALUI ASB
Salam hormat,
Bagaimana pula dengan pelaburan melalui ASB?
Kita semua ketahui ASB hanya dikhaskan untuk Bumiputra sahaja. Seingatan saya kerajaan ada satu dasar mengenainya. Melalui ASB juga dijangkakan peganggan aset oleh kaum Bumiputra dapat dipertingkatkan. Kerajaan dimasa tersebut sedar bahawa, untuk melabur bersaorangan oleh individu Bumiputra, jarang berlaku. Salah satu daripada sebabnya, pada masa tersebut mereka ini tidak memahami pelaburan dan keduanya kemungkinan besar disebabkan ketiadaan modal.
Jadi ASB diwujudkan bagi mempermudahkan orang Bumiputra, khususnya orang Melayu mengumpul modal mengikut kemampuan mereka dan membuat pelaburan. Dana yang terkumpul ini di laburkan oleh satu kumpulan pengurusan yang mempunyai kepakaran di dalam pelaburan. Akhirnya keuntungan pelaburan mereka ini di kembalikan ke akaun masing-masing sebagai dividen tahunan setelah di tolak kos pengurusan dana berkenaan.
Saya menjangkakan, jika ramai pemilik ASB memahami pendekatan dan konsep yang akan di amalkan oleh pengurusan dana mereka, serta hasrat murni Kerajaan ( Kerajaan BN lah kan) saya yakin hari ini, kira-kira 30 tahun kemudian, ramai yang telah mencapai tahap jutawan. Tetapi hakikatnya tidak sedemikian. Kenapa tidak?
Hampir semua yang melabur dalam ASB, apabila diistiharkan sahaja dividen dan telah dimasukkan ke akaun masing-masing, maka bank-bank menjadi sesak, kerana mereka ini sibuk mengeluarkan dividen masing-masing. Saya perhatikan selama 30 tahun lepas inilah yang berlaku. Jadinya segala telor emas yang di hasilkan oleh ibu angsa ini, habis di makan. Masakan ia akan berkembang dan berkembang !
Cuba perhatikan satu gerak kerja berikut, supaya anda berfikir,
Berapa banyakkah wang yang anda perlu laburkan ke dalam ASB pada awal tahun 2014 nanti, bagi membolehkan anda bersara pada umur 55 tahun nanti sebagai jutawan? Anda genap berumur 25 tahun pada Januari, 2014. (Apabila sudah Jutawan tak perlulah bekerja sampai umur 60 tahun. Kita boleh bantu dan jaga mak-ayah kita).
Bagi membolehkan anda mengira, beberapa andaian perlu saya ketengahkan. Pertamanya, Purata pulangan pelaburan ASB anda ialah 9% setahun (dalam tempoh 25 tahun tersebut), kedua, dalam tempoh tersebut juga anda tidak mengeluarkan dividen pelaburan berkenaan.
Bagi mengiranya, ada gunakan formula berikut:-
Jadi jika anda kira, jawapanya ialah RM 75,375.00.
Jadi jika kita laburkan ke dalam ASB awal tahun 2014, sebanyak RM 75,375.00, 25 tahaun yang akan datang anda ada RM1 juta di dalam akaun ASB anda. Anda boleh buat pinjaman peribadi sebanyak itu dari bank yang bersesuaian untuk dijadikan modal.
Malangkan ramai di antara kita meminjam wang sebanyak itu untuk membeli liablity ( kereta ).
Fikir-fikirkan bagi mereka yang masih ada banyak masa di hadapan mereka. Gunakan tempoh tersebut untuk lebih berjaya. Kita boleh sebenarnya.
Skian, kali ini.
Dr Azizol Mohd Sharun
Thursday, July 25, 2013
PELABURAN SEPINTAS LALU
Salam hormat,
Dalam edisi ini saya hanya hendak memberikan gambaran beberapa kesan aktiviti pelaburan yang anda perlu ketahui. Mungkin juga ramai yang telah mengetahuinya. Ia, ia nampak terlalu mudah, maklumlah hanya RM1 atau RM2 setiap hari. Tetapi apabila saya tukar ia dalam bentuk RM30 dan RM60 setiap bulan tanpa gagal, melaksanakanya menjadi sukar. Itu mungkin sebabnya ramai yang tidak mampu melaksakannya. Dari sudut pengiraan (mathematik) ianya adalah benar.
Pertama, aktiviti melabur RM1 setiap hari. Perhatikan slide berikut:-
Anda mencapai tahap jutawan pada umur 81 tahun. Setakat hari ini sukar kita mendapatkan skim pelaburan yang mamapu memberikan 10% setiap tahaun dan beterusan selama 25 tahun.
Ke dua, melabur RM1 berbanding dengan RM2 sehari, perhatikan slide berikut:-
Perhatikan, hanya dengan menambah seringgit lagi, tempoh masa untuk mencapai sejuta RM turun daripada 81 tahun kepada 74 tahun. Bermakna jika kita mamapu lebih banyak daripada RM2 setiap hari (bermakna sebulan RM60) tempoh berkenaan akan menjadi lebih pendek. Bila saya kata RM2 sehari, nampak mudah, tetapi bila saya nyatakan RM60 sebulan, mungkin ramai yang kata itu sukar di capai. Sekurangnya, saya dapat meransang minda anda untuk berfikir.
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun
Monday, July 8, 2013
BERNIAGA SECARA ON-LINE (INTERNET)
Salam hormat,
Satu bentuk perniagaan yang semua orang boleh terlibat ialah berniaga secara on-line dengan menggunakan kemudahan internet yang kita ada.
Di Malaysia pada hari ini ada tidak kurang daripada 18 juta pengguna internet. Satu potensi besar bagi anda, walau pun berniaga secara on-line di Malaysia sahaja. Jika anda pandai dan fasih berbahasa Inggeris anda boleh berniaga ke seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, pengguna internet yang paling ramai sekali di dunia ialah di Asia. Malaysia terletak ditengah-tengah negara Asia. Ini juga bermakna kos penghantaran bekalan/barangan/produk anda agak murah.
Perniagaa bentuk ini amat sesuai untuk dilakukan oleh generasi masa kini. Tak kiralah secara sepenuh masa atau pun sekadar untuk mengisi masa lapang di rumah, disampaing menggambil munafaat daripada kemudahan rangkaian internet jalur lebar yang telah disediakan oleh Kerajaan. Ini juga bermakna kita memunafaatkan komputer riba atau pun komputer meja yang kita telah beli sebelum ini.
Berniaga secara on-line ini amat sesuai dengan kedudukan ekonomi dan kemampuan kewangan (modal) orang Melayu. Berniaga secara on-line ini tidak memerlukan modal yang besar. Selain daripada komputer dan kemudahan internet yang anda ada, anda hanya memerlukan lebih kurang RM200 setahun (sewa domain halaman web). Itu sahaja. Jika anda gunakan blog seperti yang saya guna, tak perlukan RM200 setahun tu. Maknanya lagi murahlah kan.
Seterusnya, anda perlu ada barangan atau perkhidmatan yang hendak di pasarkan. Berikutnya, pastikan ada permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda hendak pasarkan. Melalui internet, sebenarnya anda boleh kaji dan mengetahui ada permintaan atau pun tidak terhadap produk yang hendak anda pasarkan itu.
Jika anda amat-amati, berniaga secara on-line tidak memerlukan ruang kedai, anda tidak perlu menyewa mana-mana premis. Kita juga tidak perlu mengaji pekerja. Kita juga tidak memerlukan pinjaman bank. Kedai kita dibuka 24 jam dan 360 hari dalam setahun. Tak timbul soaal irihati atau apa-apa pun usaha untuk menghalang anda berniaga. Bahkan orang China pun tidak boleh hendak menjahanamkan perniagaan anda dengan taktik sabotaj mereka selama ini.
Saya melihat, jika orang Melayu mahukan kehebatan di dalam bidang perniagaan, zaman sekaranglah masanya. Jika boleh, setiap individu Melayu, khususnya kaum belia, misti ada perniagaan internet mereka. Anda boleh jual apa sahaja, asalkan tidak menyalahi undang-undang negara kita. Mari kita mulakan sekarang!
Anda boleh lihat bagaimana saya mengendalikan pemasaran produk secara on-line ini dengan meneliti blog saya. Jika anda lihat, saya telah ada 5 kedai siber (yang telah saya link-kan, sebenarnya kini saya telah ada 10 blog), untuk memasarkan beberapa produk dan perkhidmatan. Jualan dan transaksi telah mula berlaku. Jika saya boleh, saya percaya anda yang hebat dengan penggunaan komputer, misti boleh dan hebat lagi daripada saya.
Satu keperluan untuk berniaga secara on-line ini lah anda misti memiliki satu halaman web ( web biasa, facebook, atau blog). Masyarakat yang melayari internet untuk mencari sesuatu akan terjumpa dengan halaman web anda. Tapi tak lah semudah yang saya perkatakan. Ada beberap teknik lain yang anda boleh pelajari untuk memudahkan pelayar internet menjumpai halaman web anda dan seterusnya membuat pertanyaan. Buat permulaan ini lakukan sahaja seperti yang saya telah gariskan.
Kaedah pembayaran, untuk berniaga di Malaysia juga mudah. Ikuti blog saya, dan anda akan mengetahui bagaimana saya lakukannya. Bagi perniagaan yang global, anda kena menggunakan satu merchant account, seperti PayPal, untuk memudahkan transsaksi kad kredit secara on-line. Pilihlah merchant account yang terbaik dan sesuai buat anda.
Untuk makluman anda, ramai juga orang Melayu yang telah mencapai tahap jutawan, dan dalam lingkungan umur 20han hanya dengan berniaga melalui internet ini. Seorang daripadanya, ialah rakan saya, Dr Irfan Kahiri. Beliau juga ada menulis beberapa buah buku mengenai kisah kejayaan dan perniagaan secara on-line ini.
Jadi kita janganlah ingat, kita ini tiada apa yang boleh diketengahkan. Setiap orang ada kekuatan masing-masing dan saya yakin ada orang yang sedang mencari kekuatan yang ada miliki. Paparkan kehebatan anda ke dalam sesawang anda, lepas itu kita tunggu dan lihat.
Sewaktu saya ke Kota Baharu awal tahun 2013 ini, saya bertanyakan kepada seorang ayah (seorang pemilik rumah burung walit) siapa yang mengawasi rumah walit ini? Beliau menyatakan anaknya. Seterusnya saya bertanya kepada si ayah, anak Tuan dahulu berkerja dengan sebuah syarikat terkemuka di KL, kini berhenti dan menjaga rumah burung walit sahaja. Saya bertanya lagi, takkan itu sahaja, rugilah jika dibandingkan dengan apa yang dia dapat sebelum ini. Seterusnya siayah menyatakan kepada saya, anaknya itu berniaga secara on-line, iaitu memasarkan alat ganti kereta proton. Uwaaa...saya katakan kepada nya hebat..dan syabas.
Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan yang ada diluar sana, yang hebat-hebat denga tabletnya, dengan Ipadnya dan pelbagai lagi teknologi canggih yang dimiliki, itu semua akan menjadi pembaziran jika anda tidak memiliki halaman sesawang sendiri dan berniaga secara on-line.
Skian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Subscribe to:
Posts (Atom)









