Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, January 22, 2013

EKONOMI HEBAT MASYARAKAT SEJAHTERA

Salam hormat,

Seterusnya saya hendak memberikan pandangan bahawa sebarang peningkatan dan penambahbaikan ekonomi( kewangan) bagi setiap individu orang Melayu akan memberikan kesan yang besar terhadap kesejahteraan keseluruhan bangsa. Bukan dengan cara peningkatan gaji semata-mata, atau melalui pemberian bonus dan sebagainya, tetapi yang lebih mustahak melalui amalan pengurusan apa yang mereka perolehi setiap bulan.

Melalui pengalaman sendiri, keluarga, serta keluarga terdekat kesan kepada kesejahteraan masyarakat Melayu boleh saya gambarkan melalui slide berikut:-



Saya perhatikan, apabila keluarga itu miskin, kesihatan ahli keluarga tidak terjaga. Perpecahan keluarga banyak berpunca daripada masaalah kewangan. Tidak dinafikan juga, terlalu banyak masaalah sosial hari ini yang juga berpunca daripada kemiskinan di peringkat ibu dan bapa. Sebagai contoh, apabila anak-anak remaja hari ini tidak ada handphone teknologi terkini, kerana ibu atau bapa tidak mampu, berpunca dari persaingan dengan rakan-rakan, mereka berusaha mendapatkannya dengan cara yang tidak betul, dan berbagai lagi.

Saya juga percaya, rasuah mudah berlaku apabila penjawat awam itu berada di dalam kedudukan tekanan ekonomi, sama ada dari keluarga sendiri mahu pun daripada masyarakat secara amnya. Keadaan ini akan lagi diburukkan apabila iman mereka tidak kukuh. Itu sebabnya saya menyatakan pentingnya mereka ini diberikan pendedahan bagaimana sepatutnya mereka menguruskan pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Pengalaman saya juga menunjukkan ramai kakitangan awam boleh keluar daripada tekanan ini, jika mereka tahu bagaimana cara menguruskan kewangan masing-masing. Isu ini bukanlah boleh diperbetulkan dalam masa singkat. Ia memerlukan usaha berterusan.

Rumusanya ialah, KEFAKIRAN ITU MENDEKATKAN KITA KEPADA KEKUFURAN.
Ingatlah, kita semua dilahirkan sama. Apa yang didedahkan selepas itulah yang membezakan kita semua.

Skian dahulu buat kali ini...bersambung.



Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment