Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, January 9, 2013

Tindakan Berikutnya : Membeli sebuah rumah untuk kita sendiri

Salam sejahtera,

Dalam perjalanan seseorang menuju ke kayaan, usaha seterusnya ialah membeli sebuah rumah untuk kediaman, sama ada untuk diri sendiri (jika belum bekeluarga) atau untuk keluarga yang tersayang.

Mungkin anda berkata, elok menyewa sahaja. Jika demikian pandangan anda, tabiat menyewa ini hanya membantu tuan rumah yang disewa, dan dia akan memperolehi rumah tersebut akhirnya dengan harga down payment sahaja. Anda tidak dapat apa-apa. Berlainan jika anda membayar down payment dan seterusnya membayar ansuran setiap bulan ke bank, mungkin lebih sedikit daripada nilai sewaan bulanan. Tetapi akhirnya anda akan memiliki satu aset, iaitu sebuah rumah. Pendekatan begini juga memberikan anda satu ketenteraman minda, berbanding jika anda sebagai penyewa.

Di Malaysia, usaha ini tidaklah begitu susah. Mungkin memerlukan antara 6 ke 10 tahun juga. Tempoh ini ialah bagi mengumpul modal, sebanyak yang diperlukan untuk bayaran pendahuluan untuk perolehan. Modal ini bergantunglah kepada nilai rumah yang hendak diperolehi. Bayaran pendahuluan ( Down payment ) ini biasanya 10% daripada nilai perolehan sesebuah rumah. Saya ingatkan belilah sebuah rumah yang termampu dan dirasakan selesa oleh kita.

Jika anda seorang kakitangan kerajaan, gunakanlah kemudahan pinjaman perumahan yang anda miliki. Segerakan membuat pinjaman. Saya dahulu agak lewat membuat pinjaman perumahan, dan berasa rugi, iaitu masa dan amauan yang perlu dibayar untuk rumah berkenaan. Jika anda meminjam awal, ada sempat membuat pinjaman yang ke dua, sebelum anda bersara. Bukan itu sahaja, nilai rumah yang anda beli awal, diambang persaraan, nilainya telah naik dua kali ganda dan ada yang sampai tiga kali ganda bergantung kepada lokasi.

Jika anda menduduki kuarters kerajaan, atas kepentingan tugas, belilah rumah di lokasi yang berpotensi. Misalnya di sekitaran universiti, kolej atau pembangunan pembandaran komersial yang baru. Apabila pelajar secara berkumpulan yang menyewa rumah anda, saya percaya bukan sahaja anda dengan mudah membuat bayarn setiap bulan kepada bank ( atau perumahan kerajaan ), tetapi juga ada lebihan yang turut memberikan anda pendapatan tambahan setiap bulan.

Sebenarnya anda pilihlah strategy perolehan yang sesuai dan menguntungkan. Perhatikan mereka yang lain. Senantiasa melihat perkembangan atau pembangunan pesat berhampiran anda. Jangan asyek atau sibuk bekerja sahaja. Gunakan cuti yang ada untuk berbuat sesuatu untuk masa depan anda.

Skian, buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment