Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Thursday, January 3, 2013

KEWANGANYA TURUT BAHAGIA

Salam Sejahtera,

Bagi seseorang, apabila KEWANGANYA TURUT BAHAGIA, saya bermaksud suatu keadaan atau kedudukan kewangan seseorang yang dicapainya di mana di dalam proses kehidupan seharianya wang tiada menjadi satu masalah baginya. Dengan perkataan yang mudah dia seoarang yang KAYA RAYA. Apa sahaja kehendaknya boleh dibeli atau diperolehi tanpa masaalah.

Kadangkala semasa saya menjalankan SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI, saya sering dinasehatkan atau dipersoalkan bahawa WANG bukan segalanya. Betul dan tepat sekali. Tetapi malangnya hari ini dan juga di masa-masa yang mendatang segalanya memerlukan wang.

Dengan wang dan harta yang banyak, kita akan dapat menjalankan banyak kebajikan mengikut kehendak agama kita, seperti berzakat, bersedekah, membantu yang memerlukan dan sebagainya. Bagi saya, seorang anak yang kaya raya dan hebat ialah mereka yang dapat memberikan banyak kebaikan dan kesenangan kepada kedua ibu bapanya. Misalnya, apabila mereka sakit, mereka diberikan rawatan di hospital pakar. Mereka juga membiayai pemergian kedua ibu bapa mereka ke tanah suchi (Haji dan umrah) serta keselesaan apabila mereka berjalan. Ini diantara hasrat dan cita-cita saya kenapa pentingnya setiap individu muslim kita berkedudukan ekonomi yang terbaik mungkin.

Ada juga pihak yang mengata dan mengingatkan saya bahawa wang adalah punca kepada segala kemaksiatan. Itu bagi mereka yang tidak atau kurang beriman. Di dalam agama kita, keadaan disebaliknya adalah lebih berbahaya, iaitu kefakiran mendekatkan kita kepada kekufuran. Pada hemat saya yang diajar oleh agama kita lebih betul. Cuba anda perhatikan disekeliling kita hari ini. Anak-anak yang miskin (tidak berduit) terlalu sibuk bekerja mencari wang, satu daripada kesan negatifnya ibu-bapa terbiar. Lebih serius lagi apabila anak-anak kurang mendapat kasih sayang kedua ibu bapa kerana sibuk mencari duit. Di sinilah puncanya kenapa ramai anak-anak muda kita hari ini lalai kepada agama, mendurhaka kepada kedua ibu bapa dan sebagainya.

Saya juga membuat kesimpulan, masaalah yang melanda masyarakat Melayu hari ini adalah berpunca daripada kemiskinan kita. Seseorang itu tergamak menerima RAHSUAH kerana dia miskin.

Jadi, bagi saya elok berkeadaan kaya-raya, disampiang beriman dan bertakwa, daripada miskin dan melarat.

Bagaimana kah seseorang itu boleh mencapai tahap bahagia kewangan itu? Kalau dilihat dari sudut prinsipnya mudah sahaja. Pertamanya berpendapatan. Keduanya, setiap bulan ada lebihan daripada pendapatan itu untuk di kumpul dijadikan modal. Modal yang terkumpul ini pula akan dilaburkan ditempat yang menguntungkan. Perbesar dan perbanyakkan pelaburan, demi masa, insyaAllah seseorang itu akan menjadai kaya, atau kewanganya bahagia. Dalam perkataan Inggerisnya ialah FINANCIAL FREEDOM.

Jikalaulah begitu mudah, kenapa ramai tidak boleh sampai ketahap bahagia kewangan itu tadi? Jawapan mudahnya, ramai tidak berilmu mengenai wang dan tidak pula pandai menguruskan wang yang ada. Bersambung di penulisan yang berikutnya....

Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment