Saya turut menyedia dan memberikan seminar

Saya turut memberikan seminar dan tips pengurusan kewangan peribadi. Berminat boleh hubungi saya.

Monday, January 14, 2013

FAEDAH MENGIKUTI PENULISAN INI

Salam hormat,

Setakat penulisan yang lepas, saya telah melakarkan perkara-perkara yang perlu anda ketahui, sehinggalah menjalani kehidupan, seperti kebanyakkan orang.

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin menyatakan kepada anda, beberapa faedah yang anda akan dapat, apabila anda terus menerus mengikuti pembentangan dan penulisan saya dalam bab ini. Diantaranya termasuklah:-

1.Anda akan mengetahui kaedah serta instrumen kewangan yang anda boleh 
  gunakan untuk lebih berjaya dalam hal kewangan ini,
2. Anda akan lebih menyedari bahawa setiap individu mampu beroleh keadaan kewangan atau tahap ekonomi yang lebih baik dengan pendapatn sedia ada,
3. Anda akan faham bahawa saiz pendapatan seseorang bukanlah pengukur yang terpenting untuk berjaya dalam kewangan,
4. Anda akan mengetahui untuk merancang dan menggunakan tempoh hayat anda untuk lebih berjaya,
5. Anda akan sedar bahawa untuk berjaya dalam hal kewangan ini memerlukan ilmu serta kemahiran tertentu dan anda semua boleh pelajari serta perolehi,
6. Saya berharap penulisan ini dapat memberikan suntikan atau motivasi kedalam diri anda seterusnya berasa lebih yakin dan akhirnya berjaya di dalam menguruskan pendapatan bulanan masing-masing. 

Satu daripada pencapaian yang penting, setelah anda didedahklan kepada aspek pengurusan kewangan peribadi ini, serta melaksanakan beberapa tindakan yang perlu, ialah akan wujudnya keadaan di setiap bulan di mana aliran tunai anda menjadi positif dan dengan itu nanti anda mampu untuk meneruskan penabungan. Tahap berikutnya ialah menggunakan dana yang terkumpul untuk membuat pelaburan. Demi masa, insyaAllah anda akan berjaya atau paling kurang berada di kedudukan kewangan yang lebih selesa, berbanding sebelum anda didedahkan dengan maklumat dalam penulisan ini.

Anda mungkin berkata " saya sudah terlewat ". Tidak mengapa, perbaiki apa yang sempat. Anda tentu akan merasai sedikit kelegaan nanti.

Skian sahaja dahulu buat kali ini dan akan bersambung di halaman yang akan datang.


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment